VPM In The News

Dr. Mads Gilbert in KL - Media Coverage

Posted in VPM In The News

Malaysia should ‘flex muscle in call for action against Israel’

KUALA LUMPUR: Malaysia has been urged to use its political power as a member of the United Nations security council and Asean chairman to help end the Israeli occupation of Palestine.

Norwegian physician and activist Dr Mads Gilbert, who had served in Gaza four times, said Malaysia should capitalise on its global political standing and put concrete pressure on Israel to immediately lift its siege on Gaza.

“Malaysia has a lot of political power but it needs to flex its muscle. I listened to your Prime Minister talk at the UN recently and he said important things about Palestine.

“But we don’t need words, we need action,” he said in a press conference yesterday.

Dr Gilbert described the siege of Gaza as “a man-made disaster” that affected 1.8 million people, of which 60% were children and youngsters who still suffer from malnutrition, lack of education and infrastructure after their houses were bombed.

“I would send an appeal to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for Malaysia to propose to the security council and Asean to institute sanctions and political boycott of Israel until it lifts the siege, finds a political solution and stops the occupation on Palestine,” he added.

He later related his experience serving as a medical doctor in Gaza in a two-hour talk to a packed community hall here.

The ambassadors of Norway and Palestine, and pop singer Mizz Nina were also in attendance.

Dr Gilbert said as the world had seen with the end of apartheid in South Africa, boycott, divestment and sanctions (BDS) was the only legal and non-violent method that proved to be an effective way to end injustice.

The BDS campaign is a global movement against Israel initiated by Palestinian civil society in 2005 to force Israel to comply with international law and Palestinian rights.

Last Thursday, Najib delivered a speech at the 70th session of the United Nations General Assembly in New York where he condemned Tel Aviv for its aggression in the occupied territories and called for a permanent end to injustice against the Palestinians.

“Decades of impunity and the systematic dehumanisation of Palestinians have culminated in increasing violence, increasing illegal settlements, and increasing violations of rights. The frustration and anger felt by Palestinians resonates with Muslims worldwide.

“If the world continues to turn a blind eye to the Palestinians’ sufferings, we risk another catastrophe in the Occupied Palestinian Territories. We will also fail to uphold the right to self-determination, which was at the very basis of the United Nations when it was created 70 years ago,” Najib said.

In recent weeks, clashes between Palestinian worshippers and Israeli forces have been reported almost daily at the Al-Aqsa Mosque.

In a landmark development on the sidelines of the general assembly on Wednesday, the Palestinian flag was raised at the UN headquarters, after the Palestinian Authority obtained non-member observer status at the world body in 2012.

Source: THE STAR - 4 OCTOBER 2015

‘Kenapa Israel bunuh 
rakan-rakan saya?’

KUALA LUMPUR 3 Okt. - “Kenapa tentera Israel mem­bunuh kanak-ka­nak? Kenapa mereka bunuh semua rakan-rakan saya? Kini, saya sudah tiada rakan untuk membesar bersama.”

Persoalan tersebut ditanyakan oleh salah seorang mangsa serangan roket rejim Zionis di pantai Gaza yang mengorbankan empat daripada lapan kanak-kanak sedang bermain bola sepak pada tahun lalu kepada Pegawai Perubatan Hospital al-Shifa di Gaza, Dr. Mads Gilbert.

Tragedi yang menggemparkan dunia itu, kata Gilbert, berlaku berdekatan dengan Hospital al-Shifa dan pasukan perubatan hospital berkenaan terlibat secara langsung dalam usaha bantuan kecemasan perubatan.

“Kejadian kanak-kanak sedang bermain bola sepak di pantai yang dibunuh oleh dron atau bot tentera laut itu berlaku beberapa blok sahaja dari Hospital al-Shifa.

“Malangnya kita tidak dapat selamatkan semua nyawa mereka. Saya tanya orang sekitar kenapa mereka dibunuh, kata mereka, mungkin ada jeneral askar Zionis yang tidak suka lihat anak Palestin bermain bola,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian dalam Program Bersama Dr. Mads Gilbert anjuran Viva Palestina Malaysia hari ini.

Gilbert ialah seorang warganegara Norway yang telah berbakti untuk masyarakat Palestin dan negara-negara sekitarnya sejak 1982. Katanya, perkara paling menginsafkan beliau adalah melihat riak wajah setiap anggota keluarga mangsa yang diselubungi kesedihan akibat perbuatan kejam tentera Israel.

Daripada 551 kanak-kanak yang dibunuh dalam serangan Zionis ketika itu, kata beliau, terdapat 551 kisah sedih di belakangnya.

“Saya bekerja di Hospital al-Shifa sejak serangan pertama pada 2006. Saya rasa sayalah satu-satunya doktor dari Barat yang bekerja di hospital terbabit pada ketika itu.

“Saya ingin kata satu, saya bukan seorang wira. Saya hanya seorang doktor yang menjalankan tugas. Yang menjadi wira adalah kakitangan-kakitangan rakyat Palestin yang bekerja di hospital, terutama jururawat, pemandu ambulans dan petugas-petugas sukarelawan lain,” kata beliau.

Beliau berkata, ketika ini, mereka sedang bertungkus-lumus berbakti kepada 1.8 juta rakyat di Gaza meskipun dalam keadaan yang paling sukar akibat kekangan dari segi peralatan perubatan termasuk troli, cadar, jarum, cecair G intravenus drip (IV), ubat-ubatan dan jaminan keselamatan.

Bekerja di Hospital al-Shifa jelasnya, merupakan satu pengalaman yang bernilai kepada beliau dalam melihat kesungguhan, keberanian dan moral yang tinggi.

“Saya rasa tiada petugas perubatan di dunia yang menunjukkan moral yang tinggi seperti di al-Shifa dan Gaza secara umumnya. Akibat penaklukan Zionis, kakitangan-kakitangan perubatan di hospital-hospital awam di sana tidak dibayar gaji sejak tahun lalu serta menghentikan sebarang pembedahan kecemasan sejak Jun tahun lalu,” katanya.

Dalam kekangan tersebut, beliau memberitahu, berlaku pula serangan selepas itu yang menyebabkan lebih 11,000 cedera dan lebih 2,000 terbunuh.

Gilbert menambah, pesakit-pesakit berpusu-pusu tiba di Hospital al-Shifa dan pada malam serangan terburuk iaitu pada 21 Julai tahun lalu, sehingga hospital berkenaan dibanjiri lebih 400 pesakit.

“Keadaan yang pada awalnya sudah sesak telah ditambah dengan beratus-ratus lagi pesakit. Walau bagaimanapun, kakitangan hospital berjaya menguruskan semua itu dengan bantuan semua pihak di sana. Mereka adalah pakar dalam perjuangan kemanusiaan, mereka pakar dalam kesungguhan dan mereka pakar dalam tidak berputus asa,” ujarnya.

Beliau berpendapat, Gaza adalah sebuah cradle of humanity pada zaman kini yang menjadi pusat kepada semangat dan kesungguhan dalam memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan.

“Dalam keadaan paling ekstrem, mereka tidak akan berputus asa. Mereka berdiri teguh dengan apa mereka percaya. Semua kakitangan perubatan di dunia perlu belajar daripada mereka untuk tidak sama sekali menyerah kalah dan meninggalkan pesakit mereka,” tambahnya.

Gilbert seterusnya menyeru rakyat Malaysia untuk lebih mendekati inisiatif memboikot Israel serta memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan sebarang jenis perdagangan dengan Israel.

Beliau menjelaskan, satu-satunya bahasa yang akan didengari rejim Zionis adalah tekanan dunia.

“Kita lihat apa berlaku di Afrika Selatan kepada sistem Aparteid apabila bertahun-tahun penindasan, mereka terpaksa menyerah kalah kerana masyarakat dunia secara bersama telah memberi tekanan ekonomi dan boikot,” jelasnya.

Source: UTUSAN ONLINE - 4 OCTOBER 2015

Hero sebenar berada di Gaza

KUALA LUMPUR – “Saya bukan hero. Hero sebenar ada di Gaza,” ini antara kata-kata aktivis kemanusiaan yang juga seorang doktor perubatan, Dr Mads Gilbert ketika sesi perkongsian pengalaman dengan para penonton di ibu kota, semalam.

Menurut doktor dari Norway ini, doktor-doktor, jururawat-jururawat Palestin, pemandu ambulans, paramedik dan juga sukarelawan yang bertugas tanpa henti di Gaza merawat rakyat negara itu yang cedera akibat diserang tentera Israel adalah hero sebenar.

“Saya bukan hero tapi hero sebenar adalah petugas yang berada di hospital di Gaza,” katanya.

Katanya bertugas di Hospital al-Syifa di Gaza merupakan satu pengalaman yang sangat luar biasa bukan kerana penderitaan mereka tapi lebih kepada kemuliaan mereka, keberanian dan semangat yang tinggi.

Menurutnya, semangat yang dipamerkan para petugas perubatan di Gaza sangat luar biasa malah ramai yang bekerja tanpa dibayar gaji selama setahun.

“Mereka berkhidmat untuk 1.8 bilion rakyat Gaza dalam keadaan yang sangat sukar. Saya tidak fikir ada mana-mana pakar perubatan di dunia ini yang mempamerkan semangat yang setinggi itu seperti di Gaza khususnya di Al-Shifa.

“Malah pegawai perubatan di hospital kerajaan di Gaza tidak dibayar gaji untuk setahun. Akibat pengepungan Israel itu, semua pembedahan kecemasan juga telah ditutup sejak tahun lalu,” katanya.

Ceritanya, pada Julai tahun lalu ketika bumi Gaza diserang Israel, Hospital Al-Syifa tempatnya bertugas ketika itu menerima lebih 400 pesakit dalam satu masa sehingga hospital menjadi sesak.

“Sistem perubatan di situ kekurangan semuanya daripada ubat, jarum, keselamatan dan macam-macam lagi. Hospital terus menerus menerima pesakit dan salah satu malam paling teruk, antara 20 hingga 21 Julai, hospital didatangi 400 pesakit yang menyebabkan keadaan sangat kelam kabut.

“Tapi staf-staf hospital berjaya menanganinya kerana mereka sangat berpengalaman dalam situasi-situasi seperti itu malah mereka juga bertahan untuk tidak putus asa,” katanya.

Dr. Gilbert telah menjadi sukarelawan dengan rakyat Palestin sejak 1980-an dan melalui empat fasa serangan Israel ke atas Gaza.

Pengalaman berharga yang dilaluinya dalam misi-misi kemanusiaannya sejak 1980-an itu akhirnya dibukukan melalui beberapa tulisan dan terbaharu, buku bertajuk 'Malam di Gaza' lahir bagi menggambarkan pengalamannya di hospital al-Shifa.

Beliau adalah seorang pakar dalam anestesiologi dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Utara Norway.

Source: SINAR HARIAN - 4 OCTOBER 2015

Konflik Palestin: Malaysia Harus Guna Pengaruhnya Di Persada Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) - Malaysia perlu menggunakan lebih banyak pengaruh di persada antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN dan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk memberi tekanan kepada kerajaan Israel menghentikan konflik di bumi Palestin.

Aktivis kemanusiaan, Dr Mads Gilbert, 68, percaya dengan mengambil kesempatan daripada kedudukan Malaysia, tekanan sedemikian termasuk tindakan terhadap kerajaan Israel boleh membuahkan hasil.

"Malaysia mempunyai banyak kuasa politik tetapi perlu meningkatkan pengaruhnya," kata doktor dari Norway itu kepada pemberita di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, di sini, hari ini.

Dr Gilbert, yang pernah bertugas di Hospital al-Shifa, di Gaza, berada di di negara ini atas jemputan Viva Palestina Malaysia untuk berkongsi pengalamannya di samping meneruskan kempen Boikot, Pelucutan dan Sekatan (BDS) terhadap Israel. Beliau, yang dihalau dari bumi Palestin atas faktor keselamatan, berkata Malaysia mesti mendesak dan mengambil tindakan konkrit supaya kerajaan Israel keluar dari bumi Gaza dengan serta-merta yang dianggap sebagai bencana buatan manusia.

Beliau, yang aktif dalam membantu rakyat Palestin sejak 1970, turut mencadangkan supaya Malaysia mengenakan sekatan dan boikot terhadap Israel sehingga negara itu menarik balik penguasaaan bumi Gaza.

Source: BERNAMA - 3 OCTOBER 2015

Saya tidak takut pada Obama!

KUALA LUMPUR - 'Saya tidak takut pada Obama! Demikian reaksi aktivis kemanusiaan, Dr Mads Gilbert ketika ditanya soal kelantangannya mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkaitan Palestin.

Menurut Dr Mads yang juga seorang doktor pernah bertugas di Hospital al-Shifa di Gaza, senjata yang dimilikinya hari ini hanyalah pada kamera, mata dan lidahnya untuk mendedahkan apa yang dialaminya kepada dunia.

"Kenapa saya nak takut dengan Obama? Tidakkah kita hidup dalam (sistem) demokrasi? Adakah saya bukan insan yang bebas? Adakah saya tidak mempunyai kebebasan bersuara?

Inilah senjata yang saya ada. Kamera, mata dan lidah saya," katanya pada sidang media sebelum perkongsian tentang pengalamannya sepanjang bertugas di Gaza ketika bumi itu diserang Israel, tahun lalu.

Katanya, sebagai Presiden AS, Obama mempunyai kuasa untuk menghentikan penderitaan yang dilalui rakyat Palestin.

"Jika Obama benar-benar mahu, dia boleh buat seperti yang dilakukan oleh Presiden Kennedy (bekas Presiden AS) apabila Timur Jerman telah menguasai Timur Berlin seperti yang berlaku pada Gaza hari ini.

"Beliau (Obama) boleh menaiki pesawat, terbang dari Kaherah ke Gaza, berdiri di balkoni bandar Gaza dan dia boleh umum kepada seluruh dunia, 'I am Palestinian'. Seperti yang disebut Kennedy di Berlin apabila dia pergi ke Berlin untuk meruntuhkan pengepungan tentera dengan mengatakan 'I am a Berliner'," katanya.

Malah doktor perubatan dari Norway ini juga menggambarkan bahawa jika Obama bermalam di Hospital al-Shifa itu, beliau tidak akan membiarkan apa yang berlaku di bumi Palestin itu berterusan.

"Kenapa saya hantar mesej ini kepada Obama? Kerana...untuk jujur dengan anda, saya rasa mana-mana manusia yang mempunyai hati yang tinggal semalam sahaja di Hospital al-Shifa dan melihat apa yang kami nampak dan lalui sendiri pengalaman yang dialami rakyat sana dengan ribuan kecederaan...jika mereka ada di sana, mereka akan kata 'ini semua tidak boleh diteruskan. Ini mesti dihentikan'.

"Dan Obama ada kuasa untuk menghentikannya jika dia berhenti membekalkan senjata yang bernilai trilion dolar kepada Israel.

"Ini bukan soal agama tapi soal kemanusiaan, kehormatan, hak asasi manusia dan prinsipal asas bagaimana untuk kita memperlakukan orang lain," katanya.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang doktor yang aktif berpolitik, Gilbert akhirnya menulis sebuah buku bertajuk 'Malam di Gaza' yang menggambarkan pengalamannya di hospital Al-Shifa pada musim panas lalu.

Dalam sidang media sama beliau sempat berkata bahawa media memainkan peranan sangat penting dalam melaporkan kebenaran kepada mata dunia.

"Media sangat penting ketika ini apabila media arus perdana tidak menyatakan kebenaran terhadap apa yang berlaku di Libya, Iraq, Syria malah di Palestin," katanya lagi.

Source: SINAR HARIAN - 3 OCTOBER 2015

‘Najib, tolonglah selamatkan Palestin’

KUALA LUMPUR - Malaysia didakwa mampu memainkan peranannya dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelamatkan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Israel.

Aktivis kemanusiaan yang juga seorang doktor perubatan dari Norway, Dr Mads Gilbert berkata, tindakan segera amat diperlukan ketika ini, bukan sekadar kata-kata.

"Saya dengar ucapan perdana menteri anda di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam dan dia menyentuh perkara penting tentang Palestin.

Tapi kita tidak perlukan kata-kata, kita perlukan tindakan.

"Jika saya boleh berhajat, saya harap kerajaan Malaysia akan ambil kesempatan atas keahliannya dalam Majlis Keselamatan PBB dan kepimpinan mereka dalam Asean.

“Buat gesaan dengan tekanan yang konkrit terhadap Israel untuk membebaskan Gaza segera," katanya pada sidang media sebelum menyampaikan perkongsian tentang pengalamannya di Gaza, di sini, hari ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai kuasa politik yang boleh digunakan.

"Malaysia mempunyai banyak kuasa politik tapi perlu gerakkan 'ototnya'.

"Kuasa politik perlu bertanggungjawab, begitu juga perdana menteri Malaysia untuk gunakan kedudukannya dalam majlis itu untuk jalankan sekatan terhadap Israel. Please Mr prime minister, flex your muscle, not only your tounge (Tolonglah encik perdana menteri, gerakkan otot anda, bukan hanya berkata-kata)," katanya.

Katanya, Malaysia boleh mengutarakan kepada jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB agar melaksanakan sekatan ke atas Israel.

"Jadi, saya mohon kepada perdana menteri Malaysia utarakan kepada jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB dan Asean untuk melakukan sekatan dan boikot politik kepada Israel.

"Sehingga mereka membebaskan Gaza dan sehingga jalan penyelesaian politik ditemui," katanya.

Tambahnya, "pengepungan tentera Israel ke atas Gaza merupakan satu malapetaka. Kanak-kanak di sana berdepan kekurangan nutrisi, kurang pendidikan, kekurangan kebebasan."

Beliau melihat sendiri kekejaman Zionis ke atas masyarakat Gaza termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Beliau bertugas di Hospital al-Shifa di Gaza semasa serangan tentera Israel berlaku di Gaza pada hujung tahun lalu.

Gilbert dilahirkan pada tahun 1947 dan merupakan seorang doktor dan aktivis kemanusiaan.

Beliau adalah seorang pakar dalam anestesiologi dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Utara Norway.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang doktor yang aktif berpolitik, Gilbert akhirnya menulis sebuah buku bertajuk 'Malam di Gaza' yang menggambarkan pengalamannya di hospital al-Shifa pada musim panas lalu.

Source: SINAR HARIAN - 3 OCTOBER 2015

Encik Obama, awak ada perasaankah?

SHAH ALAM - Kerjayanya memang menuntut suatu keazaman yang cukup tinggi. Bukan hanya terpaksa melihat wanita dan kanak-kanak dizalimi, hakikat ia lebih daripada itu sehingga timbul suatu persoalan.

“Encik Obama, awak ada perasaankah? Cuba habiskan masa awak selama satu malam di Gaza bersama kami, ia pasti akan mengubah sejarah,” kata-kata tersebut diungkapkan sendiri oleh seorang doktor perubatan dari Norway, Dr Mads Gilbert.

Gilbert adalah antara individu yang menyaksikan sendiri kekejaman Zionis ke atas masyarakat Gaza termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Beliau bertugas di Hospital Al-Shifa di Gaza semasa serangan tentera Israel berlaku di Gaza pada hujung tahun lalu.

Doktor itu kini berada di Malaysia untuk menceritakan pengalaman ngerinya ketika bekerja di hospital temasuk pengepungan Gaza yang berlaku pada waktu itu.

Gilbert dilahirkan pada tahun 1947 dan merupakan seorang doktor dan aktivis kemanusiaan.

Beliau adalah seorang pakar dalam anestesiologi dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Utara Norway.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang doktor yang aktif berpolitik, Gilbert akhirnya menulis sebuah buku bertajuk 'Malam di Gaza' yang menggambarkan pengalamannya di hospital Al-Shifa pada musim panas lalu.

“Ini adalah sebuah tempat yang menggambarkan kekuasaan manusia, penderitaan dan ketahanan. Dan (keadaan itu) adalah sesuatu yang hampir tidak boleh difahami dan mustahil untuk ditangani.

“Dan mereka (kakitangan perubatan) berdiri teguh, tidak menolak walau seorang pun pesakit dan tetap melakukan setiap pembedahan rumit dengan tahap profesionalisme tertinggi,” kata-kata tersebut dipetik menerusi petikan yang terdapat di dalam bukunya.

Gilbert akan mengadakan satu program ceramah bagi menceritakan pengalamannya berkhidmat sebagai seorang doktor di Gaza bermula jam 3 petang esok bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandar Raya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur.

Menurut Jawatankuasa Media Ahli Viva Palestina Malaysia, Dr Hamidah Marican, Gilbert akan berkongsi pengalaman mengenai saat-saat cemas yang dilalui olehnya semasa merawat mangsa-mangsa pengeboman di bumi Gaza.

“Gilbert juga akan memberikan langkah serta nasihat terbaik bagi masyarakat mengenai cara-cara untuk memboikot Israel dengan tepat,” katanya kepada Sinar Online.

Program yang akan berlangsung esok petang merupakan program yang terbuka kepada orang ramai.

“Kita akan kenakan yuran bayaran kepada peserta program, bagaimanapun jumlahnya terpulang kepada peserta itu sendiri. Pelajar pula tidak dikenakan sebarang bayaran,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jawatankuasa Media Ahli Viva Palestina Malaysia di talian:-

Dr Hamidah Marican +6012 217 0918
Azlinda Arshad +6019 220 0013
Noorazian +6012 211 5749
Shida Shahnan + 6011-2137 0569

Source: SINAR HARIAN - 3 OCTOBER 2015

Bakul makanan untuk Palestin

Posted in VPM In The News

Usaha Pertubuhan Viva Palestina Malaysia beramal sempena Ramadan

UTUSAN MALAYSIA | 30 Jun 2015

LAMBAKAN makanan dan hidangan memenuhi meja adakalanya membuatkan kita lupa apakah hidangan untuk berbuka puasa bagi rakyat Palestin, yang hidup serba kekurangan dek kekejaman rejim Zionis.

Jika anda seorang yang prihatin dan ingin membantu sesama Islam, masih ada cara untuk membantu. Sebenarnya sejak lima tahun lalu, Pertubuhan Viva Palestina Malaysia (PVPM) telah mengorak langkah membantu rakyat Palestin pada bulan Ramadan dengan memberikan bahan-bahan makanan melalui projek yang dinamakan Ramadan Food Basket.

Jika pada tahun-tahun lalu, PVPM memberikan bahan makanan tetapi tahun ini mereka menghulurkan sumbangan wang supaya keluarga Palestin yang terpilih ini boleh membeli sendiri bahan-bahan makanan yang mereka perlukan.

Menurut Bendahari PVPM, Puan Seri Norma Hashim, setiap keluarga yang terpilih akan menerima sumbangan wang sebanyak RM148 (AS$40) berbentuk baucer bagi membeli barangan makanan di beberapa buah pasar raya yang terpilih di Gaza.

Beliau berkata, pada tahun ini, PVPM yang bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Gaza dan Tebing Barat berpendapat, adalah lebih relevan jika mereka memberikan sumbangan wang daripada makanan kerana mungkin keluarga Palestin tersebut memerlukan barangan makanan lain.

“Pada tahun ini sebanyak 2,250 keluarga akan menerima sumbangan tersebut, iaitu 1,250 keluarga di Gaza, 250 keluarga di Tebing Barat, 250 keluarga di Baitulmaqdis dan 500 keluarga lagi di Syria dan Turki.

“Buat masa ini, pihak kami telah pun menghantar sebanyak AS$80,000 (RM 296,000) dan kami masih memerlukan sumbangan daripada masyarakat Islam lain yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin.

“Dengan wang sebanyak AS$40 itu, mereka boleh membeli barangan makanan seperti beras, minyak masak, gula, teh, tepung dan sebagainya di pasar. Walaupun sumbangan tersebut tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat juga membantu mereka.

“Ekonomi di Palestin memang sangat teruk dan ramai orang yang hidup menderita dan miskin. Oleh itu kami berhasrat untuk dapat memberikan sebanyak mungkin sumbangan.

“Keluarga-keluarga yang menerima bantuan ini dipilih oleh sembilan NGO yang aktif di kawasan-kawasan terbabit. Tumpuan banyak di Gaza kerana 60 peratus penduduknya tidak bekerja. Jika mereka bekerja pun, mereka mendapat gaji yang sangat rendah,” kata Norma.

Beliau berkata, pada tahun 2014, PVPM membelanjakan sebanyak RM195,000 bagi bakul makanan daripada hasil sumbangan orang ramai.

Kempen ini akan berakhir pada 10 Julai dan buat masa ini, PVPM telah mendahulukan sumbangan tersebut menggunakan wang tabung yang diberikan sebelum Ramadan lagi supaya mereka dapat membeli makanan.

Melalui tabung tersebut juga, pihaknya turut mengadakan majlis iftar di Masjid Al Aqsa untuk satu malam dan dihadiri oleh ramai rakyat Palestin.

Kepada yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui Akaun Maybank 564324-601324 ‘Pertubuhan Viva Palestina Malaysia’ atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menyatakan nama dan jumlah sumbangan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Azra 016-2094500 www.vpm.org.my.

Micro Financing - May 2015 update

Posted in VPM In The News

USD 1,500 was given as Islamic loan to this widow in Gaza Strip It has changed her life. She is highly skilled in knitting woollen garments. With the loan she bought some wool balls, and started knitting kids clothes. She promoted it to Palestinian families in Gaza Strip who bought them for their babies. After 3 months she attracted a lot of customers who bought her woollen clothing selection. She now makes USD 300-350 per month. Alhamdulillah! This is one of 50 micro-credit project funded by VPM in collaboration with Rowad Society for social development.

Below is a link to an article that was published in Al Monitor – The Pulse of the Middles East newslatter on VPM’s Islamic loans given to women in Gaza to help them to survive poverty:

http://www.al-monitor.com/pulse/originals/2015/05/palestine-female-headed-families-good-loans-poverty.html#

image2 image3

29 Nov NST : GAZA CONFLICT - In the long run towards peace

Posted in VPM In The News

I JUST finished my sixth full marathon for Palestine and Gaza. I committed, nearly two months ago to run the Seattle Marathon in support of the empowerment projects carried out by the wonderful and tireless activists at Viva Palestina Malaysia,
My first marathon was in Canada in 2007. It was soon after Israel placed Gaza under a hermetic siege, and my latest was on Monday in Seattle, in honour of the sacrifices of the men, women and children that make Gaza the incredibly inspiring place that it is.

30 Nov Press release : Palestine on the roadmap to Statehood

Posted in VPM In The News

VIVA Palestina Malaysia (VPM) celebrates with Palestine and all peace and justice loving people and nations the historic recognition by the UN General Assembly. An overwhelming 138 votes out of 193 member states clearly highlights Israel's growing international isolation.

Coupled with the earlier successful Unesco bid in October 2011 and coming at the heels of the eight-day massacre of Gaza, this underpins the growing solidarity of nations for the Palestinian struggle and its abhorrence of the unending heinous and criminal acts of Israel.